Setelah Rasulullah (s.a.w) memaklumkan bahawa Ali bin Abi Talib terpilih sebagai khalifah baginda ke atas seluruh umat, baginda memerintahkan setiap seorang daripada mereka memberikan bai’at kepada beliau dan mengucapkan tahniah.

Menurut hadis sahih yang terdapat di dalam kitab-kitab Ahlusunnah, Umar al-Khattab pergi kepada Ali dan memberi bai’at kepada beliau sambil mengucapkan tahniah.

Al-Ghazali salah seorang ulama terkemuka di kurun ke enam menulis bagaimana Umar terlupa bai’atnya hanya setelah beberapa hari setelah peristiwa tersebut:

واجمع الجماهير على متن الحديث من خطبته في يوم عيد يزحم باتفاق الجميع وهو يقول: " من كنت مولاه فعلي مولاه " فقال عمر بخ بخ يا أبا الحسن لقد أصبحت مولاي ومولى كل مولى فهذا تسليم ورضى وتحكيم ثم بعد هذا غلب الهوى تحب الرياسة وحمل عمود الخلافة وعقود النبوة وخفقان الهوى في قعقعة الرايات واشتباك ازدحام الخيول وفتح الأمصار وسقاهم كأس الهوى فعادوا إلى الخلاف الأول: فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمناً قليلا.
سر العالمين وكشف ما في الدارين، أبو حامد الغزالي ج 1 ص 4

Ramai yang sebulat suara, tentang teks hadis khutbah baginda di hari Ghadir Khum, seluruhnya bersepakat bahawa ucapan baginda “Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya”, maka Umar bin al-Khattab pun berkata: Tahniah! tahniah! wahai Abal Hasan (Ali bin Abi Talib), sesungguhnya engkau telah menjadi pemimpinku, dan pemimpin atas setiap pemimpin. Ucapan Umar ini adalah penerimaan, kerelaan dan penimbangtaraan. Selepas itu hawa nafu mendominasinya sehingga membawa kepada kegilaan kuasa terhadap jawatan khalifah dan perjanjian bersama nabi. Hawa nafsu berdebaran dalam dentangan bendera, kuda bersesakan bertarung, negeri-negeri lain dibuka, mereka diberi minum dengan hawa nafsu sampai kembalilah mereka ke zaman pertama (jahiliyah). (surah al-Imran, ayat 187) Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. 
- Sirr al-'Alamin wa Khasf ma fi al-Dariyyan, Abu Hamid al-Ghazali, jilid 1 halaman 4

Riwayat pertama: Riwayat Bara’ bin ‘Arib

Ahmad bin Hanbal dan kebanyakan tokoh Ahlusunnah menukilkan peristiwa bai’at yang diberikan khalifah kedua seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا عَفَّانُ ثنا حَمَّادُ بن سَلَمَةَ أنا عَلِىُّ بن زَيْدٍ عن عَدِىِّ بن ثَابِتٍ (وأبي هارون العبدي) عَنِ الْبَرَاءِ بن عَازِبٍ قال كنا مع رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم في سَفَرٍ فَنَزَلْنَا بِغَدِيرِ خُمٍّ فنودي فِينَا الصَّلاَةُ جَامِعَةٌ وَكُسِحَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم تَحْتَ شَجَرَتَيْنِ فَصَلَّى الظُّهْرَ وَأَخَذَ بِيَدِ علي رضي الله عنه فقال أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ انى أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ من أَنْفُسِهِمْ قالوا بَلَى قال أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ انى أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ من نَفْسِهِ قالوا بَلَى قال فَأَخَذَ بِيَدِ عَلِىٍّ فقال من كنت مَوْلاَهُ فعلي مَوْلاَهُ اللهم وَالِ من ولاه وَعَادِ من عَادَاهُ قال فَلَقِيَهُ عُمَرُ بَعْدَ ذلك فقال له هنياء يا بن أبي طَالِبٍ أَصْبَحْتَ وَأَمْسَيْتَ مولى كل مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ.

Bara' bin 'Arib berkata: Kami bersama Rasulullah (s.a.w) di dalam perjalanan. Apabila kami turun di Ghadir Khum, kami diseru solat berjemaah. dua pohon dibersihkan untuk Rasulullah dan baginda pun menunaikan solat Zuhur. Setelah itu baginda memegang tangan Ali dan bersabda: Tidakkah kalian tahu sesungguhnya aku lebih utama daripada diri orang beriman? Mereka menjawab: Bahkan iya. Baginda mengambil tangan Ali dan bersabda: Barangsiapa yang menjadikan Ali sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali pemimpinnya. Ya Allah cintailah orang yang menyintainya dan musuhilah orang yang memusuhinya. Maka Umar pun datang menemui Ali dan berkata: Tahniah atasmu wahai putera Abu Talib, engkau telah menjadi pemimpinku dan pemimpin seluruh lelaki dan perempuan yang beriman. 

- Musnah Ahmad bin Hanbal, jilid 4 halaman 281, hadis 1850; Fadhail Sahabah Li Ibnu Hanbal, jilid 2 halaman 596, hadis 1016 dan jilid 2 halaman 610 hadis 1042; Al-Mushannaf fil Ahadis wal Athar, jilid 6 halaman 372, hadis 32118; Kitab al-Amali wa Hiya Al-Maʻruf Bil Amali al-Khamsiyyah, jilid 1 halaman 190; Ibnu Tarikh al-Madinah al-Dimashq jilid 42 halaman 221; Dhakhā'ir al-'uqbá fī manāqib dhawī al-qurbá, jilid 1 halaman 67; Tarikh al-Islam wa wafayat al-Mashahir wal-Aʻlam, jilid 3 halaman 632; Al-Bidayah Wa Nihayah Ibnu Kathir al-Dimashqi jilid 7 halaman 350.

Mulla Ali Harawi mensyarahkan hadis tersebut dengan berkata:

(رواه أحمد) أي في مسنده، وأقل مرتبته أن يكون حسنا فلا التفات لمن قدح في ثبوت هذا الحديث.


Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, paling kurang darjat hadis ini adalah Hasan, tidak perlu dihiraukan mereka yang mempertikaikan hadis ini.
- Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, jilid 11 halaman 78

Penelitian sanad hadis:

Affan bin Muslim bin Abdullah al-Bahili (219 Hijrah):
Merupakan perawi hadis Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibnu Majah

Hammad bin Salamah
Merupakan perawi hadis Sahih Bukhari, Muslim dan sahih sittah yang lain termasuklah al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad

ʻAdi bin Tsabit (116 Hijrah)
Merupakan perawi hadis Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibnu Majah

Ibi Harun al-ʻabdi (134 Hijrah):
Daripada perawi hadis Bukhari, Tarmizi dan Ibnu Majah

Menurut kaedah ilmu rijal Ahlusunnah, barangsiapa yang menukilkan riwayat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, maka kepercayaan dan keadilannya adalah meyakinkan sebagaimana yang dikatakan dalam Fathul Bari

وقد نقل بن دقيق العيد عن بن المفضل وكان شيخ والده انه كان يقول فيمن خرج له في الصحيحين هذا جاز القنطرة.

Daqiq al-ʻEid meriwayatkan daripada al-Mufaddhal yang menjadi guru kepada ayahnya, bahawa beliau berkata: Barangsiapa yang dikeluarnya di dalam kedua-dua kitab sahih, maka dibenarkan penyeberangan jambatan.
- Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari, jilid 13 halaman 457

Ibnu Taimiyah Harrani berkata tentang Sahih Bukhari dan Muslim:

ولكن جمهور متون الصحيحين متفق عليها بين أئمة الحديث تلقوها بالقبول وأجمعوا عليها وهم يعلمون علما قطعيا أن النبى قالها.

Ulama hadis bersepakat menerima gagasan teks Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, dan semuanya telah berijmaʻ ke atasnya dan mereka tahu secara yakin bahawa Nabi (s.a.w) bersabda demikian. 
- Qa 'idah jalilah fi al-tawassul wa al-wasilah, jilid 1 halaman 87

Pensahihan Al-Bani:

Sanad yang dibahaskan tadi adalah daripada hadis Ibnu Majah (daripada Hammad bin Salamah sehingga Barra’ bin ʻAzib) tentang peristiwa al-Ghadir yang mana Muhammad Nasir al-Bani mensahihkannya di dalam kitab al-Silsilah al-Ahadis al-Sahihah:

94 - ( صحيح ) 
 113 - حدثنا علي بن محمد حدثنا أبو الحسين أخبرني حماد بن سلمة عن علي بن زيد ابن جدعان عن عدي بن ثابت عن البراء بن عازب قال أقبلنا مع رسول الله صلى الله عليه و سلم في حجته التي حج فنزل في بعض الطريق فأمر الصلاة جامعة فأخذ بيد علي رضي الله عنه فقال ألست أولى بالمؤمنين من أنفسهم قالوا بلى قال ألست أولى بكل مؤمن من نفسه قالوا بلى قال فهذا ولي من أنا مولاه اللهم وال من والاه اللهم عاد من عاداه * ( صحيح ) الصحيحة

Sahih:
Bara' bin 'Arib berkata: Kami bersama Rasulullah (s.a.w) di dalam perjalanan dalam perjalanan ibadah hajinya. Maka baginda berhenti di setengah jalan dan mengarahkan solat berjemaah. Baginda memegang tangan Ali dan bersabda: Tidakkah kalian tahu sesungguhnya aku lebih utama daripada diri orang beriman? Mereka menjawab: Bahkan iya. Baginda mengambil tangan Ali dan bersabda: Barangsiapa yang menjadikan Ali sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali pemimpinnya. Ya Allah cintailah orang yang menyintainya dan musuhilah orang yang memusuhinya. Maka Umar pun datang menemui Ali dan berkata: Tahniah atasmu wahai putera Abu Talib, engkau telah menjadi pemimpinku dan pemimpin seluruh lelaki dan perempuan yang beriman.  (Sahih) - Sahih Ibnu Majah, jilid 1 halaman 26, hadis 113

Sebaliknya beberapa ulama Ahlusunnah membuat dakwaan kononnya seperti berikut:

وهذا ضعيف فقد نصوا أن على بن زيد وأبا هرون وموسى ضعفاء لايعتمد على روايتهم وفى السند أيضا أبو إسحق وهو شيعى مردود الرواية.

Hadis ini dhaʻif, ulama sudah menjelaskan bahawa Ali bin Zaid dan Aba Harun adalah orang yang dhaif, dan riwayat tersebut tidak dapat dipegang, di dalam sanad juga ada Abu Ishaq, seorang Syiah dan riwayatnya ditolak.
- Tafsir Ruhul Maʻani jilid 6 halaman 194

Dakwaan ini tidak berasas sama sekali kerana boleh menyebabkan kebanyakan riwayat daripada Sahih Bukhari dan Muslim, termasuklah sahih sittah Ahlusunnah yang lain perlu ditolak.

Kehilangan teks hadis Ibnu Majah dan Abdul Razzaq

Ibnu Kathir al-Salafi menukilkan riwayat tersebut seperti berikut:

وقال عبد الرزاق: أنا معمر عن علي بن زيد بن جدعان، عن عدي بن ثابت، عن البراء بن عازب قال: خرجنا مع رسول الله حتى نزلنا غدير خم بعث مناديا ينادي، فلما اجتمعا قال: " ألست أولى بكم من أنفسكم؟ قلنا: بلى يا رسول الله ! قال: ألست أولى بكم من أمهاتكم؟ قلنا: بلى يا رسول الله قال: ألست أولى بكم من آبائكم؟ قلنا: بلى يا رسول الله ! قال: ألست ألست ألست؟ قلنا: بلى يا رسول الله قال: من كنت مولاه فعلي مولاه اللهم وال من والاه وعاد من عاداه " فقال عمر بن الخطاب: هنيئا لك يا ابن أبي طالب أصبحت اليوم ولي كل مؤمن.
وكذا رواه ابن ماجة من حديث حماد بن سلمة عن علي بن زيد وأبي هارون العبدي عن عدي بن ثابت عن البراء به. وهكذا رواه موسى بن عثمان الحضرمي عن أبي إسحاق عن البراء به. وقد روي هذا الحديث عن سعد وطلحة بن عبيد الله وجابر بن عبد الله وله طرق عنه وأبي سعيد الخدري وحبشي بن جنادة وجرير بن عبد الله وعمر بن الخطاب وأبي هريرة.

Bara’ bin ʻAzib berkata: Kami keluar bersama Rasulullah sampai ke Ghadir Khum. Baginda mengutuskan seseorang untuk memanggil. Tatkala orang ramai sudah berkumpul, baginda bersabda: Tidakkah aku lebih utama daripada diri kalian? Kami berkata: Bahkan iya. Baginda berkata lagi: Tidakkah aku lebih utama daripada ibu-ibu kalian? Kami menjawab: Bahkan iya wahai Rasulullah! Baginda bertanya: Tidakkah aku lebih utama daripada bapa-bapa kalian? Kami menjawab: Bahkan iya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Tidakkah aku… Tidakkah aku… Tidakkah aku…? Kami menjawab: Bahkan iya wahai Rasulullah. Baginda pun bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka inilah Ali pemimpinnya. Ya Allah! kasihilah siapa yang mengasihinya dan musuhilah mereka yang memusuhinya. Maka Umar bin al-Khattab pun berkata: Tahniah untukmu wahai putera Abi Talib, pada hari ini engkau menjadi pemimpin setiap orang beriman.
Demikianlah Ibnu Majah meriwatkannya daripada hadis Hammad bin Salamah, daripada Ali bin Zaid, dan Abi Harun al-ʻAbdi, daripada ʻAdi bin Tsabit daripada Barra’. Begitu juga Musa bin Uthman al-Hadhrami, daripada Abi Ishaq, daripada Barra’. Hadis ini juga diriwayatkan daripada Sa’ad (bin Abi Waqqas) dan Thalhah bin Ubaidillah, dan Jabir bin Abdullah yang mana beliau mempunyai beberapa jalan. Begitu juga Abu Said al-Khudri dan Habashi bin Junadah, Jarir bin Abdullah, Umar bin Al-Khattab dan Abu Hurairah. 

- Al-Bidayah Wan Nihayah Ibnu Kathir, jilid 7 halaman 350, 

Jalaluddin al-Suyuthi juga menukilkan riwayat ini daripada Ibnu Majah dengan melanjutkan sebagai berikut:

وأخرج أحمد، وابن ماجه عن البراء بن عازب قال: (كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلّم في سفر فنزلنا بغدير خم فنودي فينا الصلاة جامعة فصلى الظهر وأخذ بيد علي فقال... فلقيه عمر بعد ذلك فقال له: (هنيئاً لك يا ابن أبي طالب أصبحت وأمسيت مولى كل مؤمن ومؤمنة).


Dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Majah daripada Barra’ bin ʻAzib yang berkata: Kami pernah bersama Rasulullah (s.a.w), dalam perjalanan kami singgah di Ghadir Khum. Kami diseru untuk solat berjemaah, maka baginda solat kemudian memegang tangan Ali dan bersabda… Maka Umar pun datang menemuinya dan berkata: Tahniah untukmu wahai putera Abi Talib, sekarang engkau menjadi pemimpin setiap lelaki dan perempuan yang beriman. - Al-Hawi lil Fatawa, jilid 1 halaman 78.

Malangnya dalam naskah-naskah Sunan Ibnu Majah sekarang tidak ada lagi teks berikut ini kerana sudah disingkirkan: 

« فَلَقِيَهُ عُمَرُ بَعْدَ ذلك فقال له هنياء يا بن أبي طَالِبٍ أَصْبَحْتَ وَأَمْسَيْتَ مولى كل مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ»

Maka setelah itu Umar pun berjumpa dengan Ali dan berkata kepadanya: Tahniah buatmu wahai putera Abi Talib, engkau menjadi pemimpin setiap lelaki dan perempuan yang beriman (sudah tidak ada di dalam teks Sunan Ibnu Majah). 

Zahabi pula ketika menukilkan riwayat ini, beliau berkata:

ورواه عبد الرزاق، عن معمر، عن علي بن زيد.

Diriwayatkan oleh Abdul Razzaq, daripada Muammar, daripada Ali bin Zaid.

Sedangkan riwayat ini tidak ditemui di dalam Mushannaf Abdul Razzaq. Namun ada kemungkinan Abdul Razzaq menulisnya di dalam kitab lain yang sampai ke tangan Ibnu Kathir dan Dhahabi.